Wednesday, November 09, 2016

Surat Albert Camus kepada Gurunya, Louis Germain.

Berikut adalah terjemahan bebas mengenai Surat Albert Camus ( 7 November 1913 - 4 Januari 1960 ) ketika mengucapkan tanda terima kasih dan penghargaan kepada gurunya yang bernama Louis Germain. Albert Camus menuliskan surat ini kepada Germain setelah dipilih untuk menerima anugerah Nobel yang diterimanya pada tahun 1957.




19 November 1957

Kepada Monsieur Germain,

Aku membiarkan kebingungan yang mengelilingiku kebelakangan ini reda sedikit sebelum bercakap kepadamu melalui hatiku yang paling dalam. Aku baru sahaja dianugerahi suatu penghargaan yang sangat bernilai, yang tidak kupinta atau memintanya. Tetapi ketika aku mendengar perkhabaran itu, perkara pertama yang aku fikirkan, selepas ibuku, adalah kamu. Tanpa kamu, tanpa kasih sayangmu yang pernah kau berikan kepadaku semasa kecil, tanpa tunjuk ajar dan contoh daripadamu, semua ini tidak akan terjadi. Aku tidaklah terlalu mementingkan penghargaan seperti ini. Tetapi sekurang-kurangnnya ia memberikanku satu peluang untuk bercerita kepadamu tentang siapakah kamu buat diriku di masa lepas dan masih sehingga hari ini, dan aku ingin meyakinkan mu bahawa  segala usahamu, gerak kerjamu, dan kemurahan hati yang telah engkau curahkan di dalamnya menjadikan ia tetap segar di dalam diri salah seorang anak didikmu ini, walaupun tahun kian berlalu, anak didikmu itu tidak pernah berhenti menjadi seorang yang sangat bersyukur. Aku menyayangimu dengan sepenuh hatiku.

Albert Camus.

terjemahan asal teks daripada Brainpickings oleh Maria Popova.

No comments:

Post a Comment