Seekor kucing yang menyangka dirinya akan terus patuh dan taat kepada seorang tuan, kepada makanan tin yang serba tak sedap, kepada jaringan sangkar yang bosan dan menghalang telah mengistiharkan bahawa dirinya kini adalah seekor penyair. Bukan lagi sebagai seekor kucing kerdil bermata biru, berkaki sederhana panjang, berbulu lebat dan berdada lagak ayam katik.
Maka, pada pagi yang baru seperti hari ini, si kucing bangun dengan azam baru yang bernyala terang dan bersinar melampaui terangnya matahari pagi itu.
Seekor kucing yang kini dinamai sebagai seekor penyair hanya mahu duduk bersandar di sudut ruang tamu, memikirkan bentuk ikan pada whiskas-nya dan dia ingin benar benar menguasai ilmu falsafah laser pointer, kerana baru-baru ini seluruh dunia kucing bagai disihir oleh titik merah berbentuk bulat itu.
No comments:
Post a Comment